27 October 2009

KONVO MINI 2009

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Aziz bin Hussin.

Ucapan Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus Ucapan Prof. Dr. Mohd. Noor b. Mohd. Taib. Barisan Guru-guru yang mengajar tingkatan 6 Barisan Pentadbir dan Guru Cemerlang. Juru acara majlis yang petah berbicara.Prof. Dr. Mohd. Nor bin Mohd. Taib sedang berihat seketika sebelum majlis dimulakan.


Guru-guru tingkatan 6 sedang mengambil tempat duduk masing-masing



Ibu bapa yang hadir di Majlis Konvokesyen Mini 2009

Majlis Konvokesyen Mini telah berlangsung di Dewan Wawasan SMK. Sg. Choh.




Barisan pelajar yang menerima Sijil Anugerah Mutiara Gemilang dan Sijil Emas Terbilang untuk setiap subjek.











Dr. Mohd. Nor b. Mohd Taib sebagai tetamu kehormat sedang berjalan menuju dewan wawasan
Gambar untuk kenang-kenangan setelah tamat Majlis Konvokesyen Mini 2009 Seluruh warga PERTINAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah membantu mereka menimba ilmu. Mereka berbangga belajar di SMK. Sg. Choh dan berharap majlis seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang. Tidak lupa juga, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis konvokesyen ini. Jasa guru-guru akan tetap mereka kenang hingga ke akhir hayat.

26 October 2009

RAPTAI KONVO MINI 2009 TINGKATAN 6

Majlis raptai Konvo Mini 2009 Tingkatan 6 Atas telah diadakan di Dewan Wawasan.
Kain rentang pentas Menyanyikan lagu sekolahBeratur diluar untuk menerima sijil
Beratur di luar dewan untuk raptai acara penerimaan sijil
Menyanyikan lagu sekolah sebelum upacara mengangkat cokmar

Pengacara Majlis, Pn. Sarina dan En. Azhan sedang mengumumkan perjalanan majlis secara terperinci.

MENCARI BAHAN


Noor Farahin (6 Rendah C) bersama rakan sedang mencari bahan mengenai Usahawan Berjaya di Malaysia bagi menyiapkan folio Pengajian Perniagaan Kertas 2.

24 October 2009

KEHILANGAN UPS


UPS di bilik 6 Rendah B telah dicuri. Kejadian disedari pada jam 3.55petang hari Sabtu (24/10/09).

UPS bilik Tingkatan 6 Rendah D telah dicuri. Kejadian disedari pada pagi 16/10/2009 (Jumaat) apabila Pengawal Keselamatan yang bertugas sebelah malam membuat rondaan akhir pada jam 6.50pagi.

01 October 2009

PILIHANRAYA PERTINAM 2009

Sebahagian petugas yang menjayakan proses pemilihan Calon PERTINAM 2009. Proses pilihanraya telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEMESCO. Tahniah kepada Muhammad Nadzir Hasyimi b. Muhammad (6 Bawah C) kerana telah terpilih sebagai Pengerusi PERTINAM yang baru.

AJK PERTINAM 2009

Pengerusi: Aruvin Singh a/l Darchad Singh
Naib Pengerusi: Nor Hidayu bt Mat Said
Setiausaha: Siti Zawiah bt kamaruddin
Naib Setiausaha: Puvana a/p Ramalingam
Bendahari: Aslinda Dayana bt Md. Hassim
Exco Kebajikan:
Nasrah bt Azaludin
Mohd. Faliq b Md Diah
Exco Sukan:
Nur Syakilla bt Ahmad Razali
Farah Izzaty bt Yaacob
Exco Keagamaan:
Muhd. Hafizan b Abu Bakar
Che Hasmieza bt Che Ahmad
Exco Akademik:
Prakash a/l Nagasvara Ravo
Nur Seha bt Osman.